Thursday, 13 August 2015

9 makanan yang meransang Otak genius bayi

9 Makanan Yang Boleh Dimakan Oleh Ibu Mengandung dan meransang Otak Genius Bayi

Setiap ibu semestinya menginginkan anak yang pintar dan geniuskan? Tahu tak mommies,
anda boleh meransang perkembangan otak bayi untuk menjadi genius sejak berada di dalam rahim melalui pemakanan?
Kajian turut menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam rahim dan makanan antara sumber yang sangat
penting untuk meransang otak bayi.
Nak tahu apa makanan yang best tu?

9 Makanan Yang Boleh Meransang Otak Genius Bayi

#1. Madu
Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit.
Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink.
Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis
Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak.
Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif.
Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar
Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan.
Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air.
Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima
Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran.
Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma
Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu
Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi.
Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang
Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi.
Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana
mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.

Berilah si manja nutrisi terbaik melalui pemakanan sejak berada di dalam rahim.
Perasan tak mommies kesemua makanan di atas sangat bagus untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan kerana mengandungi vitamin, mineral dan zat galian, protein yang penting untuk otak bayi.
Oleh itu, disepanjang tempoh hamil, makanlah makanan yang seimbang dan bernutrisi. Jangan diikutkan sangat selera yang berkurangan tu, kesian baby kat dalam perut kan? Kalau ibu susah sangat
telan makanan di atas, saya cadangkan ambil vitamin semulajadi yg memberikan ibu nutrisi yang lengkap untuk perkembangan bayi seperti multivitamin, protein soya, minyak ikan omega 3 dan kalsium. Mudah dan lengkap!!😀
Semoga info yang ringkas ni dapat membantu mommies melahirkan baby yang comel serta genius. Jumpa lagi di entry akan datang.


Share:

Wednesday, 5 August 2015

SET SENDI SIHAT

Alhamdulillah....Saya doakan pembaca Blog Lovemummygojes.blogspot.com di berikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat Allah....

Hari ini saya nak kongsi kebaikan set vitamin untuk sakit sendi dan lutut. Sebelum tu saya nak tanya apa itu sendi? Kena faham apa itu sendi dan peranannya.Sendi adalah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Osteoarthritis pula  lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan.Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

ORDER DISINI


ATAU HUBUNGI SAYA UNTUK MENJADI MEMBER ANDA BOLEH JIMAT SEHINGGA 15%-25%




Share: