Friday 26 June 2015

KEKALKAN HIDRAT BADAN DI BULAN PUASA BERSAMA PERFORMANCE DRINK DARI SHAKLEE....

KEKALKAN HIDRAT BADAN DI BULAN PUASA BERSAMA PERFORMANCE DRINK DARI SHAKLEE...

Ini lah minuman ketika sahur & buka. Bancuh awal2 letak dlm peti sejuk! Walaweiiii....
Ia memang sangat-sangat membantu saya berpuasa! Badan kurang rasa letih & kurang rasa haus sambil sibuk ke hulu kehilir hsl biznes dan Anak...

Nampak tak kat botol tu ade tulis "OPTY LYTE". Itu lah rumusan yang menjadikan Performance Drink ini sangat istimewa!!
Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus menstabilkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
Cuba dulu!!! baru uolls tahu betapa best nyer Performance Drink ini.

Berminat?? Hubungi 012-558 0858
SITI ZAHARAH ABU BAKAR
SID:887611
MASTER COORDINATOR 2015/2016
Share:

Friday 19 June 2015

Makanan berkhasiat di bulan Ramadhan


Ramadhan muncul lagi....Bagi Umat Islam,Ramadhan merupakan bulan yg dinanti...kerana selain berpuasa membersihkan jiwa,menyucikan dosa ia juga dilihat sebagai bulan menyah toksin tubuh.Sebab itu bukan hnya Umat Islam yg berpuasa di Malaysia, malah kaum lain turut sama ada yg berpuasa.

Org kata perut "sarang penyakit".... Jadi pandai2 lah kita memilih makanan yg berkhasiat sepanjang Berpuasa ni yerrr....

Untuk dapatkan SET BADAN CERGAS dari Shaklee boleh hubungi saya 012-558 0858

SITI ZAHARAH ABU BAKAR
SID:887611
MASTER COORDINATOR 2015/2016
Share:

Thursday 18 June 2015

Cara mudah basuh kasut sekolah


Dah lama saya nk buat Entry pasal cuci kasut sekolah dgn BASIC H ni.... Mmg bess sangat !!! Rendam pastu tak payah sental teruk pun. Memang best basic h ni....multipurpose use.... Nak buat cuci lantai pun bersih berkilat dan lantai tak melekit mcm kebanyakan pencuci lain...

Ibu-ibu kt luar sana pun mesti susah hati kan kalau anak balik sekolah tengok kasut hitam..mana dengan puasa lagi,mana nak gosok kasut anak-anak lagi, pasti memenatkan... Meh saya nak ajar cara mudah je. Biar kasut tu jadi putih bersih macam baru...

Letak 3-5 titis basic h dlm baldi
Rendam beberapa jam
Gosok2 sikit
Jemur
Taraaaaa putih bersih dah
Sape nak basuh cara mudah camni?


‪#‎BasicH‬ ‪#‎BebasKimia‬ ‪#‎Murah‬ ‪#‎Organik‬ ‪#‎KasutSekolah‬

Ingin dapatkan BASIC H?Hubungi 012-558 0858
SITI ZAHARAH ABU BAKAR
SID:887611
MASTER COORDINATOR 2015/2016

Share:

TIPS UNTUK KURANGKAN SEMUT DI RUMAH

[TIPS UNTUK KURANGKAN SEMUT DI RUMAH]

Mudah ja... Larutkan larutan basic h shaklee ni dlm bekas spray yg di sediakan, Spray ja anytime,anywhere bila korang nmpk semut... InsyaAllah tempat tu semut Xkan datang dah....

Dulu saya susah hati sangat bila semut mula bertandang ramai2 kat rumah saya.... Nk spray dgn shieldtox kami sekeluarga alah sikit dgn bau dia... So marilah kita pilih yg selamat.... SAFE FOR YOUR HOME,YOUR LIFE AND YOUR PLANET....

Berminat utk dapatkan basic h termasuk spray ekslusif tu boleh hubungi 012-558 0858

SITI ZAHARAH ABU BAKAR
SID:887611
MASTER COORDINATOR 2015/2016

Share:

Tuesday 16 June 2015

KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG LOVEMUMMYGOJES....

Maafkan segala salah dan silap ku...Moga Ibadah kita semua diterima di sisi Allah....

Kami ada menjual Set Berpuasa utk tambah tenaga dan buat perut rasa kenyang... Sangat sesuai u tuk orang Gastrik,kurang tenaga,ibu hamil,ibu menyusu, dan juga untuk sesispa sahaja yang ingin merasi kehebatan SET MIGHTY 3 GEM INI....disamping membekalkan tenaga, ia juga menyihatkan badan dan membantu dalam mencantikkan kulit...



JIKA BERMINAT DGN SET MIGHTY 3 GEM INI BOLEH HUBUNGI 012-558 0858
SITI ZAHARAH ABU BAKAR
SID:887611
MASTER COORDINATOR 2015/2016


🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹      
           PANTUN CERIA
🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹
🔹Mawar Agama seindah muslimah,
🔹Hiasan Ilmu Di tengah laman,
🔸Harum RAMADHAN tercium sudah,
🔸Salah dan khilaf harap di maafkan,

🔹Mawar berduri tetap dihati,
🔹Muslimah ilmu srikandi sejati,
🔸Ramadhan berkunjung x lama lagi,
🔸Sucikan hati hiasi peribadi,

🔹Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
🔹Tiada amal tanpa keikhlasan,
🔸ampunan dan kemaafan itu fitrah,
🔸ahlan wa sahlan ya ramadhan,

🔹Nafasmu hamba mjadi tasbih,
🔹Tidurmu hamba mjadi ibadah,
🔸Lafaz bibir mu dgn tasbih,
🔸Amalmu, doamu dikasihi Allah,

🔹Ahli ibadah dikasihi tuhan,
🔹menentang nafsu dan jg syaitan,
🔸dr ku ini memohon kemaafan,
🔸Slm ceria dan kasih menuju Ramadhan,
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
Share:

Thursday 11 June 2015

Tips untuk bekerja dari rumah

Tips untuk bekerja dari Rumah

Tip & Trik Bisnes Di Rumah
Kerja di rumah, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakkan jalan raya, di marahi bos, keletihan tubuh badan dan anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Masalahnya ramai usahawan yang bekerja di rumah kecundang menghasilkan kerja yang produktif dan konsisten. Ini kerana dugaan di rumah lebih besar dari dugaan kerja di pejabat. Sebagai contoh, katil dan sofa memang seronok jika baring sambil membuat kerja bisnes di atasnya, pada waktu yang sama tempat ini juga boleh menggoda anda untuk tidur nyenyak di atasnya – kebanyakkan, ramai yang memilih tidur dari membuat kerja bisnes.
Secara realitinya, tidak semua orang mampu bekerja di rumah. Untuk berjaya kerja di rumah, seseorang itu perlu memiliki sikap disiplin yang tinggi, motivasi diri yang tidak putus-putus dan yang paling penting sentiasa menjadi pencetus tenaga positif terhadap diri sendiri.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan bisnes di rumah, jika anda masih memikirkan kerja di rumah merupakan kebebasan dari bangun pagi tanpa hirau bunyi jam loceng – fikirkannya sekali lagi!
Terdapat beberapa tip & trik yang perlu anda ketahui jika ingin melakukan bisnes di rumah:
1. Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.
2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
3. Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.
4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.
5. Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.
6. Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!
Share: