Thursday 11 June 2015

Tips untuk bekerja dari rumah

Tips untuk bekerja dari Rumah

Tip & Trik Bisnes Di Rumah
Kerja di rumah, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakkan jalan raya, di marahi bos, keletihan tubuh badan dan anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Masalahnya ramai usahawan yang bekerja di rumah kecundang menghasilkan kerja yang produktif dan konsisten. Ini kerana dugaan di rumah lebih besar dari dugaan kerja di pejabat. Sebagai contoh, katil dan sofa memang seronok jika baring sambil membuat kerja bisnes di atasnya, pada waktu yang sama tempat ini juga boleh menggoda anda untuk tidur nyenyak di atasnya – kebanyakkan, ramai yang memilih tidur dari membuat kerja bisnes.
Secara realitinya, tidak semua orang mampu bekerja di rumah. Untuk berjaya kerja di rumah, seseorang itu perlu memiliki sikap disiplin yang tinggi, motivasi diri yang tidak putus-putus dan yang paling penting sentiasa menjadi pencetus tenaga positif terhadap diri sendiri.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan bisnes di rumah, jika anda masih memikirkan kerja di rumah merupakan kebebasan dari bangun pagi tanpa hirau bunyi jam loceng – fikirkannya sekali lagi!
Terdapat beberapa tip & trik yang perlu anda ketahui jika ingin melakukan bisnes di rumah:
1. Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.
2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
3. Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.
4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.
5. Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.
6. Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!
Share:

0 comments:

Post a Comment

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
"Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui."